BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 9, 2009

PAK CIKKU KAHWIN LAGI!

Terlalu banyak yang hendak dicritekn.. gembira, sedih, lawak n sengal pn ade.. top ten moments untuk tatapan pambaca..cukup kot.. bacela.. haha..

1) Kenduri kecil2an di rumah nenek sempena tanda kesyukuran.. Dihadiri oleh saudara-mara yg tdekat dan jiran sekampung shj tmasuklah Tok Imam.. sempat lak Tok Imam kutuk-mengutuk, keji-mengeji dan puji-memuji tentang hal-ehwal politik negara..

2) Kami berkonvoi sebanyak 7 buah kete menuju ke rumah pengantin perempuan di Taman Maju Rapat, Ipoh..

3) Sebelum bertolak, tayar blkg blh kiri kete family ak bocor dek angkara 2 biji paku..

4) Pada hari pertama, majlis pernikahan diadakan.. bapa bakal mak cik ak menjadi wali.. pak cik ak dgn steadynye melafazkn akad nikah melalui sekali percubaan shj.. dengan itu, ak telah mempunyai mak cik baru dlm hidup ak.. 7 dulang hantaran pihak lelaki dibalas 9 dulang oleh pihak perempuan..

5) Pd keesokkan harinya pula, majlis persandingan diadakan.. di kedai kak andam, beliau menunjukkan kpd kami baju pengantin yg disewa oleh pasangan adlin dan emelda.. ak tgk pd harganye lalu bkate seorang diri, "saving ek diorg ni".. hehe.. rona kuning emas menjadi pilihan pengantin sebagai tema persandingan.. majlis diadakn serba sederhana tetapi tetap meriah..

6) Semasa pembahagian tugas, ak ditugaskan untuk menjadi jurukamera amatur.. tetapi entah bagaimana, mungkin ini dikatakn qada’ dan qadar.. pd hari kejadian, ak telah menjadi pengapit bidan terjun.. betapa blurnya ak semasa majlis berlangsung.. Lbh teruk lg, aksiku sebagai pengapit turut disaksikan oleh seorang rakan perempuan yg sama tempat pengajian dgnku..

7) Setelah selesai majlis, sedang ak hendak merendam baju yg dipakai.. ak mendapati ada bunga2 dan daun2 wangi ( pe name die ek? Ala.. yg org2 tabur2 ats tapak tgn pengantin 2.. huhu ) di dalam poket baju kebangsaanku.. Ak tau, masaku juga kian hampir xlame lg..

8) Ak turut mcipta rekod baru iaitu pemanduan paling jauh semasa hidup iaitu dari Ipoh ke Melaka tanpa tukar ganti.. sebelum ini hny takat jarak JB - Melaka..

9) Sehingga hari ini, ak masih xpercaya.. kami singgah mkn di Nilai semasa perjalanan pulang.. bayangkan.. 2 ekor ikan kerapu masak 3 rasa, 3 pinggan sotong masak kunyit, 3 pinggan udang goreng tempura, 3 pinggan kangkong goreng belacan, 3 mangkuk besar tom yam, 3 bekas nasi, mee bandung, 3 gelas besar the ‘o’ ais, 1 gelas besar jus epal, 2 jus epal, 2 milo ais, 1 sirap bandung, 2 teh ‘o’ dan beberapa gelas air lain yg ak xingat.. kesemuanya hanya rm180! Btulkah tuan kedai kire?

10) Pe yg ak dpt simpulkan.. org Tmn Maju Rapat, Ipoh memang sempoi! Xde tol2, xde pantun2, xde cerewet2.. straight je.. ak bg 4 bintang drpd 5!

Selepas ini, dr Ipoh akn bertandang ke Melaka.. Kecik tapak tgn, nyiru kami tadahkn!

8 comments:

hanihani said...

bunga rampaikah maksud kau???
tahniah..cukup 3 kali kau jadi pengapit, makin awal la jodoh kau.

Anonymous said...

nasib baik pasl politik negara. orang kawin kat tmpat aku tak habis2 cite pasl akhil-waheeda.

Mr. U said...

hanisa binti tajuddin - Ya.. tu dia.. bunga rampai.. aminnnnn..

cKinO - Ak xnafikan yg crite akhil-waheeda 2 mmg menarik.. btmbh panas sbb akhil adlh seorang ustaz..

Farah Abdullah said...

wah! jd pengapit!haha.. jodoh nk dekat r tu.. ready2! apsl harga mkn mhl bangat? huhu.. makcik baru? 1st makcik? hehe

Anonymous said...

wah! uzair jadi pengapit!

Syamil A Samad said...

aku nak korek sape yang nampak ko jadik pengapit pengantin tu.kalau berani letak la gambar dalam blog.

Anonymous said...

syamil walopun kito dok ipoh sumpah kita tak pegi majlis uzair.jngan korek kat kite!

Mr. U said...

Farah Adila - Mahal ko kate? murahler 2.. huhu.. nope, mak cik last..

blucakes - Tenkiu2.. glamer i dr pengantin tau.. haha!

Syamil A Samad & cKinO - Pe korek2 ni? cube senonoh sket! =p